Imam Tua Arip hanya termenung di tingkap rumahnya. Angin dari sawah bendang kuat menghembus muka. Surat yang baru dia terima tadi masih tergenggam erat di tangannya.
Imam Tua Arip memang berbangga dengan anak kampung seperti Abdul Hakim. Bukan sekadar pandai di bidang akademik tetapi juga mampu berfikir secara rasional dan tahu selok belok tendang terajang politik negara. Tidak seperti anak muda kampung lain yang hanyut dibuai dengan Akademi Fantasia, Melodi, AJL dan entah apa-apa lagi program “lagha” yang disajikan di TV. Sejak Mawi menang AF dan buat rumah besar kat kampungnya, ramai anak muda kampung sekarang menjadikan alasan itu untuk menjerit menyanyi di bilik air masing-masing dengan semangat berkobar mahu mencuba menyanyi juga. Harapnya boleh kaya macam Mawi.
Abdul Hakim tidak kalut dengan semua benda lagha itu. Walaupun Abdul Hakim tidak menyertai PAS seperti yang diharapkan oleh Imam Tua Arip, cukuplah pada fikiran Imam, Abdul Hakim menyertai PKR. Itu lebih baik dari sama-sama bergelumang dengan parti yang “pantang-keturunan-aku-menyertaiinya”. Parti yang telah menggadaikan Malaysia dari menjadi Negara Islam. Imam sangat bangga dengan Abdul Hakim dan semua anak muda sepertinya. Malah sewaktu zaman sekolah lagi Abdul Hakim selalu menjadi contoh untuk anak kampung lain dan sering datang berbincang dengan Imam Tua Arip tentang politik negara.
Sebab itu, bila saja Abdul Hakim meminta Imam Tua Arip menjadi pejamin pinjaman pelajarannya, tanpa berlengah Imam Tua terus bersetuju.
Kini Abdul Hakim tidak lagi bealajar di Universiti. Imam Tua Arip tahu tentang itu. Abdul Hakim sendiri memang ada memberitahunya yang beliau telah ditendang keluar dari Universiti kerana aktif berpolitik. Ketika diberitahu tentang itu Imam Tua Arip masih tetap memberi semangat dan keyakinan pada Abdul Hakim.
“Inilah sunnatullah ….. jalan orang berjuang Hakim ….”
…………………………………………………….
Namun hari ini, Imam Tua Arip terkesima dan terkedu. Jiwanya terasa terbeban. Segala apa yang dia yakin selama ini ,bahawa anak muda wajib berpolitik, terasa seperti diuji.
Semuanya kerana saman yang diterimanya pagi ini meminta beliau, sebagai penjamin, membayar kepada pembiaya pelajaran Abdul Hakim
RM30,000-00 bukanlah jumlah yang sedikit.
Angin sawah bendang yang selalu menyejuk dan menenangkan Imam, tidak begitu pada hari ini.
Hari ni Leman geram sungguh pada Samad. Bukan sebab Samad pau duit Mak Yah Kaya Ringgit Malaysia Enam Belas, tapi sebab kejadian petang tadi waktu Leman dan Samad keluar minum kat salah satu kedai “makanan pantas” di pekan tadi. Samad kata nak belanja Leman, tapi Leman dah tanya dulu samada duit belanja tu adalah sebahagian dari duit RM16 yang Samad curi dari Mak Yah Kaya. Tak mau la Leman makan duit haram. Abdul Hakim selalu juga ceramah kat depa semua bab halal haram ni.
Samad cakap dia nak belanja duit yang halal .
Tapi Leman masih marah pada Samad sebab dia rasa Samad saja nak menunjuk kat dia kata dia “terrer” order minuman kat restoran “makanan pantas”. Yang buat dia marah dan lari keluar dari kedai “makanan pantas” ialah bila Samad order root beer, Samad cakap dia nak “beer” lebih.
Samad memang dah “aim” lama nak pau duit Mak Yah Kaya. Semua orang tau Mak Yah Kaya memang banyak duit. Harta banyak anak semua pandai-pandai dah kerja besar kat KL la, Singapore la … kat negeri orang putih pun ada, bukan macam Samad , periksa UPSR pun tak lepas.
Hari tu Samad tau Mak Yah Kaya ada kenduri kat rumah Mak Liah, ramai orang kampung yang kena jemput. Mak Liah tu mak si Abdul Hakim. Samad tak baik sangat dengan Abdul Hakim , tapi dia baik dengan Leman sepupu Abdul Hakim. Bila dengar Mak Yah Kaya ada kat rumah Mak Liah, Samad pun bergerak laju. Niat dia memang berazam sungguh nak pau duit Mak Yah Kaya dari beg tangannya. Mak Yah Kaya bukan berhati-hati sangat , selalu letak bag tangan dia merata.
Sampai saja kat rumah Mak Liah dia tengok tak berapa ramai lagi orang kampung yang datang rewang. Mata Samad melilau cari beg tangan Mak Yah waktu dia pura-pura masuk dapur nak minum air. Dalam dapur tu ada la empat lima orang sedang rancak bergebang. Nampak macam tak sedar diri mengata kat orang. Samad tau sangat depa dok mengata bila nampak mulut muncung macam berbisik dan kepala bergabung dekat-dekat macam main ragbi.
Beg tangan Mak Yah ada kat tangga. Samad dah cam sangat warna beg Mak Yah, lain daripada beg tangan orang kampung yang biasa. Rasanya mesti anak dia beli kat luar negeri. Samad juga ada dengar Mak Yah baru balik seminggu dari luar negeri.
Samad pura-pura lalu dekat tangga dan bila nampak saja geng dapur dan Mak Yah ralit bergebang cepat-cepat Samad sambar beg dan terus ke tandas. Samad tak mau la amik banyak dia nak amik sikit saja habuan nak buat beli handphone baru. Sumpah dia bukan nak amik banyak. Lepas amik sikit memang dia akan letak balik beg tu kat bawah tangga tempat dia ambik tadi.
Samad tengok dalam dompet Mak Yah … “Wahhh banyaknya duit Mak Yah …. ” Ada duit note 10, 50, 100 dan rasanya banyak juga duit luar negeri. Cepat-cepat Samad sambar satu saja duit note satu ratus ribu !!!
“100,000.00 beb … !!!!”
Samad letak cepat-cepat beg tangan Mak Yah dan terus berlari keluar. Rupanya Mak Yah nampak perbuatan Samad.
Tapi Samad dah pecut naik motor ke pekan cari “Muthu Money Changer”
……………………………….
Samad sapa semua orang kat pekan sambil berjalan ke kedai “Muthu Money Changer”. Dalam hati Samad sudah berniat nak belanja semua kaki lepak kat kedai kopi. Samad rasa macam orang kaya.
Namun, mimpi tinggal mimpi. Lepas senyum lebar sua duit kepada Muthu, Samad tearasa hampir pitam dan hanya terkedu bila Muthu Money Changer sua kepadanya RM16.
Samad baru tahu hari tu 100,000.00 Dong Vietnam adalah bersamaan dengan Ringgit Malaysia Enam Belas sahaja.
…………………………………
Sambil sambung balik bergebang dengan geng rewang, Mak Yah Kaya hanya senyum dan sudah berniat redho untuk sedekahkan saja Ringgit Malaysia Enam Belas kepada Samad.
“jika sebelum ini saya dilantik secara bermaruah, maka saya harap digugurkan juga secara bermaruah”
kata anak pak ya:
“iya la orang jemput masuk rumah elok-elok siap bunga manggar kapet merah kompang cak pong cak pong, lu masuk rumah berak sana sini …… tak ker kena tendang keluar.. takkan nak hantar keluar dengan bunga, kapet, kompang lagi kot ……”
Antara mereka semua, Abdul Hakim lah yang paling pandai, bukan sekadar bandingan dengan mereka berlima yang sebaya saja itu, tapi kalau nak dibandingkan dengan anak kampung yang lain, Abdul Hakim memang paling pandai. Dia masuk universiti di Kuala Lumpur sana, bukan macam Leman yang mengaji takat Darjah Enam, Mat Rock yang tak lepas PMR pun, Li Lidi pun sama ke sekolah pun takat Tingkatan 3 sahaja. Arop Burger kira boleh tahan la belajar sampai Tingkatan 5 walaupun duduk kelas paling belakang. Arop Burger dapat gelaran burger pun bukan sebab dia ada buka kedai burger, tapi sebab hari-hari asyik lepak main gitar kat gerai burger dekat hujung kampung tepi “bus stop” sana.
Mereka berempat adalah kutu kampung yang memang tak pernah amik tahu pun hal dunia luar. Surat khabar pun hanya baca bila ada nampak gambar Lisa Surihani atau Neelofa. Mat Rock pula hanya pegang surat khabar bila ada sebut Awie dan Amy Search. Mat Rock tak minat kumpulan rock yang baru-baru ni, sebab dia membesar dengan lagu-lagu dari kaset abang dia, Lan Lantok, yang kini masih di Pusat Serenti. Jangan bagi Mat Rock dengar lagu Tomok, Mat Rock boleh terkejang macam orang kena sawan,
Abdul Hakim sebenarnya bukan lagi mengaji di universiti di KL sana. Tak ramai yang tahu sebenarnya Abdul Hakim dah kena buang universiti. Orang kampung semua tak tahu. Dia kena buang pun sebab gambar dia ada dalam “front page” surat khabar. Dalam beratus ribu yang join reformasi tu, gambar Abdul Hakim juga yang pihak universiti nampak.
Dan yang paling tersiksa adalah Pak Lang Man dan Imam Tua Arip. Mereka terseksa sebab merekalah penjamin pinjaman pelajaran Abdul Hakim.